Halia Hitam

Black Ginger ▪ Kaempferia Parviflora (KP) ▪ Thai Ginseng ▪ Black Galangal ▪ 黑姜 ▪  Krachai Dum  ▪ กระชายดำ

Apa itu halia hitam?

Halia hitam atau rizom Kaempferia parviflora (Zingiberaceae), telah digunakan sebagai makanan dan ubat tradisional rakyat umum selama lebih daripada 1000 tahun di Thailand. Ia juga dikenali sebagai halia hitam Thai, Ginseng Thai, Kunyit Hitam, Lengkuas Hitam atau Krachai Dum (กระชายดำ) di Thailand.

Dalam perubatan tradisional Thai, halia hitam telah digunakan untuk merawat beberapa penyakit, termasuk alahan (allergy), gout, diabetes, keletihan, disfungsi erektil (ED) dan disentri.

Di manakah halia hitam ditanam atau dihasilkan?

Kebanyakan halia hitam ditanam dan dihasilkan di Thailand. Ia juga ditanam di Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam, Malaysia, China, Bangladesh dan India.

Apa itu ekstrak halia hitam?

Ekstrak halia hitam, juga dikenali sebagai Ekstrak Kaempferia Parviflora (KPE), ialah produk ekstraksi dalam bentuk serbuk, yang diekstrak daripada akar tumbuhan halia hitam, dengan menggunakan bioteknologi ataupun nanoteknologi yang dipatenkan. Ekstrak halia hitam biasanya dibungkus ke dalam kapsul, ataupun dicampur dengan makanan berfungsi dan suplemen kesihatan yang lain untuk penggunaan yang mudah dan selesa oleh pengguna-pengguna.

Mengapa halia hitam ini berfaedah untuk kesihatan anda?

Halia Hitam atau Kaempferia parviflora (KP), ialah tumbuhan saka dari keluarga Zingiberaceae, dan ditanam di Asia Tenggara seperti Thailand dan Laos. Halia hitam sangat popular sebagai herba kesihatan, digunakan sebagai ubat tradisional untuk mengurangkan paras glukosa darah, meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecergasan.

Halia Hitam (KP) mengandungi banyak unsur-unsur bioaktif, termasuk flavonoid dan polymethoxyflavone (PMF). Banyak kajian saintifik terkini telah menunjukkan pelbagai manfaat kesihatan kepada manusia. Mengambil produk ekstrak halia hitam (atau KPE) dengan kerap adalah baik untuk kesihatan dan kecantikan kita, seperti yang diserlahkan di bawah.

Manfaat Untuk Wanita

Manfaat Untuk Lelaki

Manfaat Untuk Warga Tua

NOTA: Untuk memudahkan rujukan, kami meletakkan manfaat yang lazim di bawah kategori golongan tertentu seperti kaum lelaki, kaum wanita dan warga tua. Walau bagaimanapun, kebanyakan manfaat ini adalah lazim dan boleh dipakaiguna untuk semua kategori secara amnya.

Ada apa-apa kajian saintifik tentang halia hitam?

YA, memang ada. Terdapat banyak penyelidikan dan eksperimen yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dari Thailand, Jepun, Korea dan China dan jurnal-jurnal telah diterbitkan dalam pelbagai laman web perubatan yang terkenal seperti Research Gate, National Library of Medicine (NLM) of USA National Institutes of Health (NIH), European Journal of Pharmacology, dan sebagainya.

Topik-topik penyelidikan dan kajian tentang manfaat dan kesan Halia Hitam termasuk: Tahap glukosa darah untuk pesakit Diabetes; Pemutihan kulit atau pencerahan kulit dengan mengurangkan melanin/pigmen kulit; Penambah prestasi seksual tradisional untuk pesakit disfungsi erektil (ED); dan lain lain.

Ketahui lebih lanjut tentang siri produk Ekstrak Halia Hitam kami yang boleh anda beli dan nikmati →