Mengenai VOLTEN

Sila baca mengenai Syarikat yang menawarkan anda produk-produk Ekstrak Halia Hitam yang popular dan terkenal ini - VOLTEN INTERNATIONAL.

Profil Syarikat

Syarikat ini (Volten AsiaEmall Sdn Bhd) diasaskan oleh seorang usahawan Melayu yang berwibawa, Datuk Ismail Che Ani, dan isterinya, Datin Nor Zahira, di Malaysia pada tahun 2018. Syarikat ini memulakan perniagaannya dalam e-commerce atas talian untuk produk-produk pengguna. Pada tahun 2019, ia menceburi dalam perniagaan pembuatan dan pengedaran produk-produk Halia Hitam dengan model bisnes Rangkaian Pelbagai Peringkat (MLM) yang menggabungkan kuasa-kuasa di PEMASARAN RANGKAIAN dan E-DAGANG.

Tonton Video Korporat VOLTEN

Lesen & Akreditasi

Syarikat ini secara rasminya telah memperolehi Lesen Jualan Langsung (AJL932400, Pemasaran Pelbagai Peringkat) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Malaysia. Dengan lesen AJL ini, ia bermakna Syarikat ini boleh menjual, memasarkan dan mengendalikan perniagaan jualan langsung pemasaran pelbagai peringkat di Malaysia.

Anda boleh juga menyemak status Lesen Jualan Langsung kami daripada Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Malaysia, di bawah >>

Syarikat ini juga merupakan ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). DSAM adalah sebuah persatuan perdagangan kebangsaan yang mempromosikan industri jualan langsung di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia juga merupakan ahli Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA), sebuah persekutuan persatuan jualan langsung kebangsaan di seluruh dunia.

Anda boleh semak status Portal Rasmi keahlian DSAM kami di bawah >>

Penghargaan dan Anugerah

Sepanjang 6 tahun yang lepas sejak Syarikat ini ditubuhkan, VOLTEN dengan bangganya telah memenangi Anugerah dan Penghargaan atas pengiktirafan kepada prestasi dan pencapaiannya yang hebat sebagai suatu syarikat permulaan. Antara anugerah-anugerah ini adalah:

2021 Brand Laureate World Best e-Brands Award

2020 Excellence Awards (SME Category)

2018 Malaysia Outstanding National Entrepreneius Awards

Ibu Pejabat dan Cawangan Volten

Ibu pejabat Volten International terletak di Shah Alam, Negeri Selangor di Malaysia dengan 4 pejabat cawangan di Sungai Petani, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru.

Volten International telah berkembang perniagaannya ke negara-negara ASEAN, termasuk menubuhkan pejabat-pejabat di Indonesia, Thailand, Kemboja, Laos, Brunei dan Singapura, serta juga India.

Kilang dan Gudang Volten

Syarikat telah melabur dalam kilang dan gudangnya sendiri yang terletak di Shah Alam, Negeri Selangor untuk rantaian bekalan one-stop, daripada proses pembuatan, pembungkusan, pergudangan, pengedaran dan logistik, demi menghantar produk hasilan terus kepada ejen-ejen dan pelanggan-pelanggan.


Nak mulakan perniagaan sendiri untuk menjual dan memasarkan produk Ekstrak Halia Hitam